♥Ukhwah Islamiyyah♥

Sebuah forum tentang keindahan Islam


    Kenali Hadith

    Share

    Fauzan
    Admin

    Posts : 7
    Join date : 20/09/2011

    Kenali Hadith

    Post  Fauzan on Fri Sep 23, 2011 10:47 am

    HADITH SAHIH

    Definisi : Hadith sahih ialah hadith yang sanadnya bersambung, disampaikan oleh pelapor (rawi) yang adil, sempurna ingatan (dhabit) dari awal hingga akhir sanad, tanpa ada sebarang percanggahan (syaz) dan juga kecacatan ('illah).

    Syarat/Ciri-ciri Hadith Sahih

    Berdasarkan definisi, dapat disimpulkan bahawa hadith sahih mempunyai 5 syarat iaitu :

    Sanad ( salasilah pelapor ) yang bersambung
    Pelapor yang adil
    Pelapor yang sempurna kekuatan ingatan
    Tidak ada sebarang percanggahan
    Tidak ada sebarang kecacatan

      Current date/time is Wed Dec 07, 2016 7:22 pm