♥Ukhwah Islamiyyah♥

Sebuah forum tentang keindahan Islam

    Definisi Hadith

    Share

    Fauzan
    Admin

    Posts: 7
    Join date: 20/09/2011

    Definisi Hadith

    Post  Fauzan on Fri Sep 23, 2011 9:45 am

    Definisi Hadith


    Hadith ialah perkataan bahasa Arab yang bermaksud baharu atau lawan yang lama.

    Definisi Al-Hadith dari sudut istilah:

    Hadith dari segi istilah para sarjana hadith bermaksud sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad sama ada dari segi perkataan, perbuatan, pengiktirafan atau pengakuan (taqrir) atau sifat-sifat beliau sama ada sifat-sifat fizikal atau sifat-sifat peribadi.

    Hadith dari segi istilah para sarjana hadith bermaksud sesuatu yang disandarkan kepada Nabi Muhammad sama ada dari segi perkataan, perbuatan, pengiktirafan atau pengakuan (taqrir) atau sifat-sifat beliau sama ada sifat-sifat fizikal atau sifat-sifat peribadi.

    Oleh itu, ada berdasarkan definisi ini, hadith merangkumi 5 aspek berikut :

    (a) Perkataan : Kata-kata yang disebut oleh Rasulullah seperti :

    "Sesungguhnya setiap amalan itu dengan niat."

    (b)Perbuatan : Perbuatan-perbuatan Rasulullah yang diceritakan oleh para sahabat. Contohnya seperti yang dinyatakan oleh isteri Nabi Muhammad, 'Aisyah :

    "Nabi Muhammad tidak pernah meninggalkan solat sunat empat rakaat sebelum zohor dan dua rakaat sebelum subuh." (Riwayat Bukhari )

    (c) Taqrir: Sesuatu percakapan atau perbuatan yang dilakukan para sahabat dan Rasulullah hanya diam dan tidak mengingkarinya. Maka tindakan Rasulullah yang berdiam diri dan tidak mengingkarinya merupakan suatu pengakuan dan pengiktirafan daripada beliau.

    Ia adalah suatu yang disyariatkan kerana Rasulullah tidak akan berdiam diri dalam perkara-perkara yang dilarang. Contohnya, pengakuan beliau kepada sahabat yang makan daging dhab seperti yang direkodkan oleh Bukhari, pengiktirafan terhadap perbuatan pemuda Habsyah yang bermain di dalam masjid seperti yang direkodkan oleh Bukhari dan lain-lain lagi

    (d) Sifat-Sifat Fizikal : Perkara seperti ini diceritakan oleh sahabat Rasulullah yang mengatakan beliau adalah seorang yang elok paras rupanya, baik penciptaan, tidak terlalu tinggi dan tidak juga terlalu rendah seperti direkodkan oleh Bukhari

    (e) Sifat-Sifat Peribadi : Iaitu hadith yang menceritakan akhlak Rasulullah. Contohnya seperti yang dinyatakan Abu Hurairah yang menyatakan Nabi Muhammad tidak pernah sama sekali mencela makanan, jika suka beliau akan makan, dan jika tidak suka beliau meninggalkannya.

    Pembahagian Hadith Secara Umum

    Secara umumnya, hadith boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu hadith yang boleh diterima atau disebut hadith maqbul dan hadith yang tertolak iaitu hadith mardud .

    Di bawah kategori hadith maqbul ( diterima ) terdapat dua jenis hadith iaitu hadith sahih dan hadith hassan. Di bawah kategori hadith mardud ( tertolak ) pula terdapat hadith dhaif ( lemah ), hadith dhaif terbahagi kepada banyak jenis, ada hadith dhaif yang baik dan ada hadith dhaif yang mungkar. Hadith yang paling teruk adalah hadith maudu' (palsu).

    Definisi Sanad dan Matan

    Sanad dari segi sudut bahasa : sesuatu yang dilakukan yang disandarkan kepada sesuatu yang lain atau disebut tempat sandaran atau bergantung.

    dari segi istilah : rangkaian para pelapor hadith yang bersambung sehingga ke isi kandungan (matan) hadith

    Matan ( bahasa arab ) : sesuatu yang keras dan tinggi dari permukaan bumi.

    Menurut sarjana hadith, matan bermaksud suatu yang ada selepas daripada sanad. Dalam bahasa yang mudah, sanad ialah isi kandungan atau teks hadith yang biasanya terletak selepas nama pelapor terakhir dalam sesuatu hadith.

    5 pembahagian Sunnah

    1.Perkataan (sunnah Qawliyyah)
    2.Perbuatan (Sunnah Fi'iliyyah)
    3.Pengakuan secara diam/membenarkan (Sunnah Taqririyyah)
    4.Sifat-Sifat Fizikal (Sunnah as-sifat Khalqiah)
    5.Sifat-Sifat Peribadi (Sunnah as-sifat Khuluqiah)

      Current date/time is Thu Sep 18, 2014 3:39 pm