♥Ukhwah Islamiyyah♥

Sebuah forum tentang keindahan Islam


    Hadith Palsu : Manusia Akan Baik Sekiranya Pemerintah Dan Ulama Baik

    Share

    Fauzan
    Admin

    Posts : 7
    Join date : 20/09/2011

    Hadith Palsu : Manusia Akan Baik Sekiranya Pemerintah Dan Ulama Baik

    Post  Fauzan on Fri Sep 23, 2011 10:42 am


    Teks Hadith : "Terdapat dua golongan dari kalangan umat aku, jika mereka baik, maka akan baiklah manusia. Pemerintah dan ahli fekah.

    *dalam riwayat lain disebut ulama'

    Penjelasan :

    Al-Albani dalam kitabnya Silsilah Ahadith al-Dhaifah wa al-Maudhua'h menyatakan hadith ini adalah palsu kerana dalam rangkaian sanadnya terdapat seorang pelapor (perawi) bernama Muhammad bin Ziyad. Al-Albani menukilkan bahawa menurut Ahmad, dia adalah seorang pendusta dan pencipta Hadith Palsu. Ibn Mai'in dan Daruqutni juga menyatakan pendapat yang sama.

    Ibn Hajar al-asqalani dalam kitabnya Tahzib al-Tahzib juga sudah menukilkan pendapat daripada sarjana hadith lain tentang Muhammad bin Ziyad, antaranya pendapat daripada Abu Hatim, Bukhari, Nasa'i, Tirmizi juga Ibnu Hibban menyimpulkan bahawa Muhammad bin Ziyad adalah seorang yang lemah dan tidak boleh dipercayai.

    Kata Tirmizi : ia seorang yang sangat lemah

    Kata Ibn Hibban : ia adalah dari kalangan yang memalsukan hadith

    ...................................................................................................................

    Hadith Sahih/Hassan yang berkisar tentang Manusia, Pemerintah dan Ulama

    Dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

    Maksudnya : "Tujuh golongan yang Allah naungi mereka pada hari yang tidak ada naungan melainkan naungan Allah yang pertama adalah pemerintah yang adil....(hadith ini panjang)

    ( Riwayat Bukhari Muslim )

    Dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

    Maksudnya : "Empat golongan yang Allah benci terhadap mereka salah satu golongan tersebut ialah pemimpin yang zalim"

    (Hadith Hassan, riwayat Nasa'i dan Ibn Hibban )

    Dari Anas bin Malik, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

    Maksudnya "Siapa yang bertanggungjawab menguruskan suatu urusan kaum muslimin kemudian dia menipu mereka, maka dia di dalam neraka."

    (Hadith Sahih riwayat Tabrani )

      Current date/time is Wed Dec 07, 2016 7:21 pm