♥Ukhwah Islamiyyah♥

Sebuah forum tentang keindahan Islam


    Larangan Ketika Hubungan Suami Isteri

    Share

    Fauzan
    Admin

    Posts : 7
    Join date : 20/09/2011

    Larangan Ketika Hubungan Suami Isteri

    Post  Fauzan on Fri Sep 23, 2011 10:41 am

    Maksudnya : "Apabila salah seorang di antara kamu semua sedang berjima' (bersetubuh), janganlah dia melihat kepada faraj ( kemaluan isteri ) kerana perbuatan itu akan mengakibatkan buta dan janganlah memperbanyakkan bercakap kerana hal itu akan mengakibatkan bisu"

    Penjelasan :

    1. Ibn al-Jauzi dalam kitabnya al-Maudhuat mengatakan bahawa ia adalah hadith Maudu' (Palsu)

    2. Hadith ini di hukum palsu kerana dalam sanadnya terdapat seorang penyampai hadith bernama Muhammad bin Abd al-Rahman al-Qusyairi.

    Komen sarjana hadith tentang Muhammad bin Abd al-Rahman al-Qusyairi :

    1. Az-Zahabi mengatakan beliau adalah seorang yang tidak boleh dipercayai

    2. Al-Azdi mengatakan beliau adalah pendusta Hadith

    3. Daruqutni pula mengatakan perlu ditinggalkan hadith yang disampaikan olehnya.

    Huraian :

    Jika dilihat dari maksud hadith sudah jelas ia adalah palsu, kerana mustahil syariat Islam yang menghalalkan hubungan kelamin di antara suami dan isteri tetapi dalam masa yang sama melarang si suami melihat faraj isterinya.

    Menurut riwayat Ibn Hibban daripada Sulaiman al-Taimi, dia pernah ditanya tentang apakah hukum seorang itu melihat faraj isterinya? Dia pun menjawab : "Aku pernah bertanya kepada 'Aisyah, dan beliau menjawab : 'Aku pernah mandi bersama Rasulullah dalam satu bekas hingga aku mengatakan : 'Biarkan air itu untukku, biarkan untukku.'

    Al-Hafiz Ibn Hajar Al-Asqalani dalam kitabnya Fath al-Bari mengatakan : "Hadith riwayat Ibn Hibban ini merupakan hujah tentang bolehnya seseorang melihat aurat isterinya, demikian juga sebaliknya." Maka tiada beza melihat ketika mandi atau berjimak

    Pandangan Ibnu Hajar Al-Asqalani ini dikuatkan lagi dengan mengatakan si suami boleh mendatangi isterinya menurut apa cara yang disukai. Ini berdasarkan Firman ALLAH :

    Maksudnya : "Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai." ( al-Baqarah : 223 )

    Walaupun begitu syariat juga menetapkan garis panduan dilarang melakukan hubungan suami isteri seperti mengharamkan si suami mendatangi isterinya dari bahagian belakang iaitu dubur isterinya berdasarkan hadith yang sahih.

      Current date/time is Wed Dec 07, 2016 7:21 pm