♥Ukhwah Islamiyyah♥

Sebuah forum tentang keindahan Islam


    Kisah Al-Qamah Si Anak Derhaka Adalah Kisah PALSU?

    Share

    Fauzan
    Admin

    Posts : 7
    Join date : 20/09/2011

    Kisah Al-Qamah Si Anak Derhaka Adalah Kisah PALSU?

    Post  Fauzan on Fri Sep 23, 2011 10:39 am

    Kisahnya : Alqamah adalah seorang ahli ibadat yang sangat sangat banyak beribadat di zaman Rasulullah. Beliau mempunyai seorang ibu. Tetapi selepas berkahwin, beliau dilihat sangat memberikan perhatian pada isterinya sahaja sehingga mengabaikan ibunya.

    Sikap Alqamah ini membuatkan ibunya berasa kecewa dan terasa hati. Ibunya tidak dapat memaafkan sikap alqamah. Apabila alqamah menghadapi saat-saat kematian, beliau tidak dapat melafazkan syahadah. Saat kematiannya sangat sukar sehingga menimbulkan tanda tanya orang ramai.

    Lalu Rasulullah datang, baginda terus bertanya adakah lelaki ini masih mempunyai ibu? sahabat menjawab masih ada. Rasulullah mengarahkan supaya ibunya dipanggil dan memohon ibunya agar memaafkan segala kesalahan alqamah.

    Ibunya tidak mahu lantaran perasaan kecewa dan sakit hati yang masih terasa di hati akibat sikap derhaka alqamah. Akhirnya Rasulullah mengarahkan lain mengumpulkan kayu api untuk membakar alqamah agar dia cepat mati. Mendengar keputusan Rasulullah, ibunya berubah fikiran.

    Ibu mana yang sanggup melihat anak kandungnya diperlakukan sedemikian. Lantas, ibunnya bersetuju untuk memaafkan segala kesalahan alqamah. Selepas sahaja si ibu memaafkan alqamah dapat melafazkan kalimah syahadah dan terus meninggal dunia.

    Penjelasan :

    Ibn al-Jauzi : kisah ini dihukumkan sebagai PALSU, dan terseranai tentang kepalsuannya di dalam bukunya al-Maudhua't

    Al-'Uqaili : juga menyenaraikan kisah ini dalam kitabnya Dhu'afa al-kabir, sebagai suatu cerita dusta.

    Al-Haithami : Hadith ini mengenai cerita ini diriwayatkan oleh Tabrani dan Ahmad secara ringkas sekali tetapi dalam sanadnya terdapat seorang perawi yang bernama Faid Abu Warqa' dan dia adalah seorang yang matruk ( yang ditinggalkan/tidak diterima hadithnya )

    Al-Baihaqi : cerita ini adalah sangat lemah (dhaif jiddan) dalam kitabnya Syua'b al-Imam, al-Munziri dalam targhib wa tarhib.

    Ibn 'Arraq : juga mengatakan ceritanya tidak sahih ( Tanzih al-Syariah )

    al-Albani : hadith ini dan keseluruhannya adalah maudu(palsu) seperti yang dinyatakan dalam kitabnya Silsilah Ahadith al-Dhaifah

    Antara Hadith Sahih dan Hasan Tentang Taat Ibu Bapa

    Abu Bakrah meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda :

    Maksudnya : "Mahukah aku jelaskan kepada kamu semua tentang dosa yang sangat besar?". Beliau berkata : "Syirik kepada Allah dan derhaka kepada ibu bapa." ( Riwayat Bukhari )

    Dalam hadith lain diriwayatkan oleh Ibnu Umar, Rasulullah pernah menyatakan di antara golongan yang tidak akan dipandang oleh Allah pada hari kiamat kelak dan tidak masuk syurga ialah mereka yang menderhakai ibu bapanya. ( Hadith Hasan Sahih )

      Current date/time is Wed Dec 07, 2016 7:21 pm